KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg hari ini merasmikan Batu Kawah Riberbank Park yang merupakan lambang tarikan rekreasi penduduk tempatan di Batu Kawah petang ini tadi.
Ketika menyampaikan ucapan beliau tadi, beliau berkata terdapat perancangan bagi pelan induk pembangunan perumahan di kawasan Batu Kawah ini yang akan meliputi kawasan Bau yang juga bakal menjadi daerah pelancongan serta Lundu dan juga Sematan.
Selepas menyempurnakan upacara simbolik perasmian, Abang Johari turut melihat dan menikmati sendiri keindahan pemandangan pembangunan riverbank tersebut.
Hadir sama semasa perasmian adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Prof. Dr Sim Kui Hian.
Sumber dari : Sarawakku